Wednesday, 30 May 2012

mmm..nak tebang kah tidak?

 Salam sejahtera untuk semua.


        Kita berdusun/berkebun sudah bertahun lamanya.Boleh dikatakan setiap tahun kita mendapat hasil dari pokok buah-buahan yang kita tanam.Semenjak dua menjak kebelakangan ni hasilnya kurang memuaskan.
        Ada cadangan kengkawan supaya ditebang sahaja pokok-pokok yang lama itu.Tanam semula dengan benih yang baru.Ok tak cadangan ni?
        Sekali pandang macam ok.Cuba fikir jauh sikit.Sebelum buat keputusan,cuba kita teliti dahulu.
        Adakah pokok-pokok tersebut sudah tidak menghasilkan buah dan sudah sampai tahap menopos?
        Tidakkah kita fikirkan berapa tahun pula yang akan kita tunggu untuk pokok-pokok baru ini membesar sebelum boleh mendapat hasilnya?
        Ada baiknya kita duduk bersembang dengan keluarga & kawan-kawan.Fikirkan jalan terbaik untuk memulihkan hasil yang kurang.Mungkin ada masalah-masalah di dusun yang kita tak tahu.Barangkali kekurangan baja @ penuh dengan semak-samun yang mencuri baja pokok buah-buahan dan banyak lagi kebarangkaliannya.
        Moralnya,kita perlu berfikir secara rasional supaya keputusannya tidak merugikan kita dan orang lain juga.Mungkin dengan menebang pokok-pokok itu memutuskan bekalan buah-buahan kepada pemukal.Kedua-duanya rugi.Yang paling rugi tentulah kita kerana terpaksa tunggu bertahun-tahun lagi sementara pokok matang.Ada pun pemukal,dia boleh mencari pembekal yang lain.
"Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya."