Sunday, 24 February 2013

Layar buruk vs Loyar buruk.

بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat sejahtera untuk semua.

Layar yang buruk selagi tidak carik atau rosak, masih boleh digunakan untuk melayarkan kapal. Maknanya masih berfaedah.

Loyar buruk ialah sikap seseorang yang suka menunjuk-nunjuk kepintarannya dengan kata-katanya tetapi sebenarnya dia tidak pandai. Ada faedah tak? 

Bergantung keadaan. Masing-masing boleh membuat kesimpulan sendiri pandangan terhadap peloyar buruk samada sikap ini memberi faedah atau tidak.
 

Thursday, 14 February 2013

Jaga ayam..

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Sejahtera.


Baik menjaga ayam sereban dari buat perkara yang tak relevan.

 وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)![Fussilat,33]

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.[An-Nahl,97] 

عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( من كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليقل خيرا أو ليصمت ، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليكرم جاره ، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليكرم ضيفه ) رواه البخاري ومسلم

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه : bahawa Baginda Rasul ﷺ bersabda : ( Siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat , maka berkatalah yang baik-baik atau diam , dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat , maka muliakanlah jirannya, dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka muliakanlah tetamunya.) meriwayatnya Al-Bukhari dan Muslim.

p/s : Buatlah sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri atau orang lain.