Thursday, 1 March 2012

Puisi pengenalan.


Segala puji bagi Pencipta,
Baginda Nabi doa sejahtera,
Tidak dilupa keluarga baginda,
Serta sahabatNya dan umat semua.
 
Gunung tinggi di atas tanah
Udara sejuk di pagi hari
Ciptaan Ilahi penuh faedah
Tinggal lagi untuk dicari.
 
 Air biru mewarnai pantai,
 Di pantai ada tempat pelelangan penyu,
 Semua tahu gunanya akai,
Akai dijaga agar jangan dungu. 
 
Matahari yang hangat,
Menyinari lingkungan alam,
Jikalau terasa penat,
Cuba-cubalah renungi alam.

Setakat ini dulu untuk entri pengenalan,
Salah & silap bersama betulkan.

No comments:

Post a Comment