Sunday, 18 March 2012

Alam...

Selamat sejahtera untuk semua.
        Firman Tuhan Pencipta alam dalam Surah Al-Fatihah ayat ke-2 :
(Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.)

        Ayat di atas terlalu luas perbahasannya.Kita hanya fokuskan pada perkataan terakhirnya dahulu, kerana topik perbincangan adalah alam.Ayat tersebut jelas sejelasnya menerangkan bahawa Allah Tuhan kepada sekalian alam.Alam pula selain Sang Pencipta, dalam erti kata yang lain Allah bersifat Esa.Ini juga secara tak langsung membatalkan teori evolusi oleh penganut-penganut ateisme.
        Alam terlalu banyak,tetapi kita hanya berbicara pada alam nasut sahaja iaitu alam yang kita huni ini.Seperti yang di tulis dalam entri yang lepas,kita akan berbicara tentang alam sebagai salah satu dari sumber pengajaran.Ketahuilah,bahawa diciptakan pokok kayu bukanlah hanya semata-mata untuk kegunaan fizikal sahaja,bahkan diberi kita akal fikiran supaya memerhati alam ciptaan Tuhan buat kekuatan dalaman kita.
        
Biru warna luasnya laut
Hijau berseri warnai gunung
Alam terbentang jadikan guru
Utamakan kepala dari perut
Jauhi rugi raihlah untung
Carilah ilmu sepenjuru mampu.

        Sekian dahulu,salam hormat.

No comments:

Post a Comment