Monday, 5 March 2012

...bengkel...?

Salam sejahtera buat semua.

        Pemilik kenderaan kebiasaannya menghantar kenderaan mereka ke bengkel untuk dibaiki sekiranya rosak @ untuk ditukar minyak hitam.Bagaimana pula sekiranya jika tuan punya kenderaan yang rosak?
        Kerosakkan pada manusia samada fizikal @ spiritual.Kerosakkan fizikal manusia dimaksudkan mendapat @ didatangi penyakit.Bila sakit,pesakit akan ke hospital @ klinik untuk diperiksa seterusnya diubati.Itulah bengkelnya.Kerosakkan spiritual manusia yang difokuskan dalam penulisan di blog ini lebih menjurus kepada moral kemanusiaan.
        Maha pencipta tidak menjadikan alam sebagai suatu yang sia-sia walau sedikit pun.Alam adalah antara bengkel terbaik buat manusia membaiki & memperbaiki diri.
        Sekian.

No comments:

Post a Comment